>Murid : Selamat pagi, cikgu.
>
>Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
> Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
>
>Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
>
>Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
> orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
> bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
> masa dan keadaan.
>
>Murid : Selamat sejahtera cikgu!
>
>Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
> Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
> berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
> kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
> perkataan-perkataan itu, faham?
>
>Murid : Faham, cikgu!
>
>Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
>
>Murid : (senyap)
>
>Cikgu : Pandai!
>
>Murid : Bodoh!
>
>Cikgu : Tinggi!
>
>Murid : Rendah!
>
>Cikgu : Jauh!
>
>Murid : Dekat!
>
>Cikgu : Keadilan!
>
>Murid : UMNO!
>
>Cikgu : Salah!
>
>Murid : Betul!
>
>Cikgu : Bodoh!
>
>Murid : Pandai!
>
>Cikgu : Bukan!
>
>Murid : Ya!
>
>Cikgu : Oh Tuhan!
>
>Murid : Oh Hamba!
>
>Cikgu : Dengar ini!
>
>Murid : Dengar itu!
>
>Cikgu : Diam!
>
>Murid : Bising!
>
>Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
>
>Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
>
>Cikgu : Mati aku!
>
>Murid : Hidup kami!
>
>Cikgu : Rotan baru tau!
>
>Murid : Akar lama tak tau!
>
>Cikgu : Malas aku ajar kamu!
>
>Murid : Rajin kami belajar cikgu!
>
>Cikgu : Kamu gila!
>
>Murid : Kami siuman!
>
>Cikgu : Cukup! Cukup!
>
>Murid : Kurang! Kurang!
>
>Cikgu : Sudah! Sudah!
>
>Murid : Belum! Belum!
>
>Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
>
>Murid : Sebab saya seorang pandai!
>
>Cikgu : Oh! Melawan!
>
>Murid : Oh! Mengalah!
>
>Cikgu : Kurang ajar!
>
>Murid : Cukup ajar!
>
>Cikgu : Habis aku!
>
>Murid : Kekal kami!
>
>Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
>
>Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
>
>Cikgu : Sudah, bodoh!
>
>Murid : Belum, pandai!
>
>Cikgu : Berdiri!
>
>Murid : Duduk!
>
>Cikgu : Saya kata UMNO salah!
>
>Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> >
>Cikgu : Bangang kamu ni!
>
>Murid : Cerdik kami tu!
>
>Cikgu : Rosak!
>
>Murid : Baik!
>
>Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
>
>Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
>
>Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar
Saturday, March 8, 2008
intelligent students n a kei kiang teacher..lolx
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment